December 29, 2006
 

salam


yeayyy akhirnya dapat juga aku meng'update'kan blog ni
dengan jayanya hurayyy... hurayyy... hurayyy...

dari hari ke hari aku menunggukan saat ini... akhirnya... dalam konteks lain aku mesti meng'update'kannya dalam tahun ini juga :p sebelum kemunculan tahun baru... kegumbiraan tak dapat dibendung :))

haaa tidak dilupa selamat menyambut tahun baru dan selamat hari raya AidilAdha kepada semua... semoga sehat-sehat sejahtera hendaknya ;)

selamat tinggal 2006 n welcome 2007 dengan ceria nya

summary untuk 2006
penuh dengan dugaan dan cabaran yang menggugat iman. kadang tu sampai tak terbawa dek badan :p dan tahun ini juga aku mula menjinakkan diri dengan dunia mem'blog' :p dan juga aku dapat kenal dengan korang semua... terima kaseh semua...

opsss... tapi malangnya aquarium ni tak dapat bertahan dengan lebih lame kerana dah mula pecah :(
aku pon tak tahu kenapa? mungkin ikan di dalam nya suda
tidak lupa aku ingin meminta maaf jikalau ade kesilapan ker yang terase ker maaf kan aku ya dan aku akan cube berpindah ke tempat lain. semoga kite bertemu kembali daaa...

salam ;)


the end...
 


October 18, 2006
 
...kesempatan:.

Photobucket - Video and Image Hosting
salam... ;) dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya pada sume. dan memohon maaf atas kekasaran bahasa yang sengaja atau pon tidak... maaf zahir dan batin... k cya

berhati-hati la ek

samat hari raya...

raya...raya...raya... :)
 


October 13, 2006
 
...happiness:.

Photobucket - Video and Image Hosting
The happiest people in the world are not those who have no problems,
but those who learn to live with things that are less than perfect.

Have a nice day!
 


September 22, 2006
 
...kawan:.


Photobucket - Video and Image Hosting
kata mak,
kawan tu ibarat lebah
habis madu sepah dibuang...

kata abah pulak,
kawan tu umpama bunga ros
dipandang cantik dipegang sakit...

kata atuk,
kawan tu seperti air
terus mengalir...

kata nenek,
kawan tu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...

kata sedara,
kawan tu macam makanan
kawan makan kawan...

kata abang,
kawan tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata...

kata kakak,
kawan tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan... tu kata kakak laaa

kata adik,
kawan tu macam biskut
sekejap ade sekejap tak de...

aku pulak kata,
kawan tu tak kesah la canner
walaupon dia IBARAT LEBAH ke UMPAMA BUNGA ROS ke SEPERTI AIR ke BAK BULAN ke MACAM MAKANAN ke SEPERTI LEMBU ke MACAM DURIAN ke MACAM BISKUT ke dia tetap kawan

tau sebab ape???
sekali aku dah berkawan dengan dia
selamaya dia tetap kawan aku... ;)

terima kasih kepada kawan-kawan aku sekarang
dan aku minta maaf zahir batin kalau ade salah dan silap ku sepanjang berkawan dengan aku
dan mengucapkan selamat berpuasa


ahlanwasahlan ya Ramadhan... ;)
 


September 19, 2006
 
...tak patut:.


"#%$*&^%)(!@%#&$"

menyumpah seranah, memaki hamun, membebel seorang diri. rasa tidak puas menyelubungi diri. ternampak sekumpulan manusia di tepi laluan motorsikal. dan aku pon menghampiri mereka.

"ya bang, motor bocor ya bang"
"kejap ya, 10 minit"

bertambah terbakar rasanya. kemarahan ku semakin membuak-buak. tapi masih tetap bersabar. aku meneliti pada tayar. hah tepat sekali jangkaan ku. terpacak sebatang paku yang kelihatan sama seperti semalam. dan aku pon sms boss aku. menyatakan yang hari ini aku akan datang lambat lagi dengan alasan yang sama seperti semalam. aku tak peduli samada boss aku percaya atau pon tidak. kalau diikutkan logik. takkan hari-hari motor bocor kan. 'arghhh lantak la'.

15 minit kemudian boss aku hanya membalas ok sahaja. fuhhh... lega. dan lelaki yang senasib dengan aku mengukirkan senyuman. dan aku pon membalasnya. dia datang menghampiri ku. dan bertanya.

"nak ke mana bang"

ingin sahaja aku menjawab nak pergi berak kejap. takkan dia tak tahu kalau pagi-pagi ni biasanya orang pergi mana. dia sendiri pon hendak pergi kerja, lagi mau tanya.

"pergi kerja bang di usj"

dia pun memulakan cerita.

"saya rasa dia orang ni tabur paku la" aku mengia kan sahaja.

"dia orang ni tak patut betul laaa. kalau nak cari duit pon jangan la pedajal orang lain"

aku pon bersuara mengatakan yang semalam aku pon kena di tempat yang sama dan dalam waktu yang lebih kurang sama. dia pon terkejut. "waaa ini da melampau. tak leh jadi ni" kata lelaki tadi.

"dia orang saja nak buruk kan nama kita la" tiba-tiba sahut si penukar tiub.

"jangan-jangan abang yang tabur paku tu kot" aku saja kata begitu untuk melihat reaksi dia.

"ooo bukan... saya tak buat kerja-kerja tu"

"bagus la kalau begitu. tak elok penganiaya orang ni"

"haa tu la dia orang ni. orang lain yang buat kita yang kena. tengok paku ni, dia potong kepala nya" jawab si penukar tiub tu.

"ye la. kalau nak cari rezeki pon cari la dengan cara yang elok. jangan la aniaya orang" sampuk lelaki yang senasib dengan ku.

motor dia pon sudah selesai dibaiki. dia membayar rm20 dan beredar pergi. sebelom motor ku siap dibaiki datang lagi satu mangsa keadaan. lebih kurang 5 minit selepas itu datang lagi satu mangsa. dalam fikiran ku kaya la penukar tiub jalanan ni. sekejap sahaja sudah boleh dapat rm80. sebelum aku beredar aku sempat berpesan kepada penukar tiub itu.

"ok bang jangan menganiaya orang ya. ok terima kasih"

dia hanya tersenyum dan menjeling tajam.
 


September 12, 2006
 
...perhatian:.
1.

pranggg... ponggg... pinggg... piarrr.......

membebel seorang diri. rasa tak puas hati lagi. mengamuk lagi.

panggg... punggg... pinggg... ponggg... doommm...

membebel lagi. habis rumah berselerak. dan sssttttttt... basah.

"nenekkk... alif kencing". "laaa apasal tak pergi bilik air. pergi bangun masuk bilik air sana, basuh" nenek pon memarahinya. "nenek da tak sayang alif!" tu saja ayat yang keluar dari mulut dia.

sejak kebelakangan ini alif selalu buat perangai dan merasakan orang disekeliling dia tidak menyayangi dia lagi. dan tidak memberi perhatian kepadanya. dan terasa terpinggir. tidak seperti adiknya yang selalu sahaja diberi perhatian. yang sekarang ini baru belajar berjalan.

alif pon mahukan perhatian. seperti mana adiknya.

aku hanya memerhatikan gelagat dia sahaja sebelum aku bertolak pergi kerja. tapi kenapa bila ade sesuatu yang baru akan lupa kan yang sedia ada. di buang seperti sampah, di pinggir kan sejauh mungkin tapi bila diperlukan dia la raja, dia la intan dia la payung. dan apa-apa lagi la ayat pujian yang boleh mengangkat dan mengembangkan. adakah hanya diperlukan bila masa susah sahaja.

2.


'kringgg kringgg'

tengok nombor tidak diketahui.

"assalamualaikum"
"waalaikumsalam" dan terfikir macam pernah aku dengar suara tu. dan aku pon cuba memikirkannya lagi siapa dia, sambil dia mula bertanya khabar. setelah lebih satu minit berborak dia pon mula bertanyer "kenal tak, sape ni" aku teragak-agak dan berkata "sory la, betol-betol lupe la. sory ek. sape ha" dia pon berkata "tak pe la, insyaAllah lain kali kita sambung. jaga diri baik-baik, ok. assalamualaikum" dan aku pun terjaga dari lena.

sudah hampir dua minggu aku memikirkan, siapakah yang menelefon aku di dalam mimpi. dan akhirnya aku mendapati dia adalah sahabat aku, kawan aku dan dia juga la abang saudara ku yang betul-betul memahami aku. dia juga banyak mengajar aku sedikit sebanyak tentang kehidupan ini. dulu aku selalu bersusah payah dengan dia tapi sekarang dia sudah tiada. tiada untuk selama-lamanya. sudah hampir lebih dari lima tahun dia tak ade. mungkin dia rase aku sudah melupakan dia. tapi memang ya aku sudah lupa pada dia. sebab tu dia datang untuk menjenguk ku. aku berdoa semoga dia di tempat kan dikalangan orang-orang yang beriman. aminnn...

 


August 30, 2006
 
...merdeka:.

Photobucket - Video and Image Hosting
esok 31 ogos... untuk ke-49 kali nya malaysia akan menyambutnya. "merdeka! merdeka! merdeka!" begitu la yang akan dilaungkan oleh semua rakyat malaysia tanda menghargai apa yang telah dijuang kan oleh orang-orang yang terduhulu...
 


...wARONGkOPI:.

nAME
eMAIL
URI
mSG

...jENGOKkENkAWAN:.
...@KAK:. ...aBAH:. ...aD3CK:. ...aFZAN06:. ...aKHDAN:. ...aRIANNA:. ...aZMIE:. ...cHIKA:. ...cOOL:. ...cUTIE:. ...cUYA:. ...dARKZ05:. ...dHANI:. ...dRUGmE:. ...dRUsOFT:. ...eIMS:. ...eMY:. ...f-cODE:. ...iAN:. ...iKRAM:. ...jR:. ...kEJU:. ...kUMPRINX:. ...lOKMAN:. ...mATjAN:. ...mERSIK:. ...mIKON:. ...mP3ER:. ...nASHrEX:. ...nIZIE:. ...nObEAT:. ...pIKA:. ...sANcHAI:. ...sIfAKAP:. ...sILENTEVE:. ...sYED:. ...sYIKU:. ...wEET:. ...zAIRI:.

...kANTONG:.
...May 2006:.
...June 2006:.
...July 2006:.
...August 2006:.
...September 2006:.
...October 2006:.
...December 2006:.

...gON:.


Powered by Blogger
Weblog Commenting and Trackback 

by HaloScan.com
.:sHOUThUNS:.