...peringatan:.masuk hari ni sudah 4 hari berturut-turut ada orang meninggal di sini. selepas sahaja selesai solat fardhu pak imam akan berkata "insyaAllah, solat jenazah, insyaAllah". begitulah kata pak imam Masjid Al Falah ini yang hanya perlukan beberapa langkah sahaja dari ofis aku. aku pun bingkas bangun dan meninggalkan masjid. bukan aku tidak mahu untuk menunaikan solat jenazah, tetapi aku sudah lupa akan niat dan bacaan di dalam solat tersebut. waaa jahilnya aku...
aku pun tak tahu sudah berapa lama aku tidak sembahyangkan jenazah. seingat aku jenazah yang akhir aku sembahyangkan itu sewaktu aku masih ditingkatan lima lagi. waaa agak lama juga. dulu zaman sekolah, asal ada sahaja orang meninggal dunia sekolah aku akan dijemput untuk menunaikan solat jenazah. pada mulanya aku berasa janggal dan lama-kelamaan aku berasa suka dan gembira kerana aku dapat mempelajari sedikit demi sedikit tentang bagaimana hendak menguruskan jenazah dan memperingati aku supaya mendekatkan diri kepada Allah. kadang aku menjadi orang terakhir meninggalkan tanah perkuburan. takde la jauh sangat cume depan sekolahku tu aje. sebab lain aku suka pergi adalah dapat aku ponteng kelas sebab tu aku suke lambat-lambat masuk ke kelas semula bukan sendirian tapi n da geng :p , kadang-kadang menyimpang gak kat kedai tepi sekolah tu. kalau kena pada masa mata pelajaran yang bosan, aku cukup pantas untuk keluar kelas, kadangkala aku orang pertama yang keluar dari kelas. dan mungkin ini sebab utama aku suke sembahyang jenazah zaman persekolahan dulu :p
dan sekarang sudah hampir 8 tahun aku tinggalkan semua tu. dan ini mungkin peringatan kepadaku untuk aku memperingatiNYA kerana aku dah jauh dan lalai.
---> balik nnt ni kene study balik ni...
ini ada satu tempat percutian... aiks tempat cuti ker :p kalau anda berani dan ingin mencuba dialu-alukan ke sana. kalau korang pegi nanti citer la ek.(yang ini aku dapat dari blogger yang lain dan aku pun copy paste kat sini.)
destinasi percutian yg menarik utk dilawati di Rawang, Selangor.
"Selamat Datang Ke Alam Barzakh" begitulah kata-kata aluan yang tertera pada papan tanda di suatu sudut dalam bangunan milik Rufaqa' Corporation di Bandar Country Homes.
Setakat ini telah lebih 600 orang menyahut kata-kata aluan tersebut untuk merasai pengalaman berada didalam sebuah kotak kayu berukuran 6 x 4 kaki persegi yang tersedia di satu ruang dalam bangunan itu. Kotak kayu itu dilengkapi sepasang batu nesan dengan sekujur tubuh replika mayat terbaring kaku ditepinya, ditutupi dengan kain batik panjang.
Semasa berada dalam liang lahad buatan itu, para pengunjung akan diperdengarkan dengan jeritan mayat-mayat yang berjiran, derapan kaki tujuh langkah pengiring meninggalkan anda seorang diri setelah dikebumikan serta pelbagai bunyi-bunyian lain yang menakutkan.
Detik paling mendebarkan apabila datang Malaikat Munkar Nakir yang bertanya beberapa soalan berkaitan iman. Suara Malaikat itu sebenarnya adalah suara penyannyi Sheqal(rakaman), antara individu yang paling awal memasuki liang lahad itu sewaktu Alam Barzakh mula-mula dibuka dua bulan lalu.
Pengalaman:
Seorang Bilal dari Kajang, Muhammad Salim Abdullah, 50, menceritakan, dia sendiri mengalami pengalaman yang cukup ganjil sewaktu berada dalam kubur buatan tersebut sewaktu memasukinya beberapa minggu lepas. "Saya nampak asap berkepul-kepul dalam liang lahad saya. Saya terasa betul-betul sudah mati.." katanya ketika ditemui dirumahnya di Sungai Jelok, Kajang.Bagaimanapun, Muhammad Salim begitu terkejut apabila petugas pusat tarbiah itu memberitahu, mereka tidak memasukkan asap ke dalam kubur buatan itu sebagaimana yang dikatakannya.
Seorang petugas pusat tersebut, Siti Maznah Mohamad Taufik pula menceritakan, tangannya yang dikiamkan (diletakkan atas perut seperti mayat) sewaktu berada dalam liang lahad itu gagal dileraikan walaupun setelah pintu kubur buatan itu dibuka oleh rakan-rakannya. "Saya panik, saya tak tahu mengapa jadi begitu. Lepas saya isthigfar beberapa kali, barulah tangan saya boleh diangakat," katanya.
Dalam pada itu, wartawan (Mingguan Perdana) Siti Zarinah Sahib sendiri mengalami peristiwa yang tak kurang menarik. "Saya berdebar-debar bila mendengar derap kaki tujuh langkah pergi meninggalkan mayat saya bersendirian dalam kubur, Saya terasa seperti hendak menjerit , tapi suara saya seakan tersekat. Saya terasa begitu takut bila disoal malaikat siapa Tuhan saya, apa Agama saya, siapa Nabi saya dan macam-macam lagi. Sedar-sedar, saya menangis. Pengalaman 15 minit itu, walaupun tak lama tapi cukup bermakna."